Friday, September 25, 2009

Bab 6

BAB ENAM


Sedar tidak sedar, satu semesta sudah berlalu. Bagi anak orang berada, bila-bila masa sahaja mereka akan pulang ke Malaysia janji ada wang. Dania tidak suka menunjuk-nunjuk kekayaannya. Dia lebih senang menjadi seorang yang rendah diri.

“Aina, aku tengok kau rindu benar dengan kelurga kau ya? Tiap-tiap hari kau tenung aje gambar family kau tuh.” Ujar Dania berniat mahu menyindir.

“ Weh, mestilah! Biar pun aku ni selalu homesick, at least aku selalu ingat kat family aku. Tak macam kau, call parents kau pun aku tak pernah tengok.” Ulang Aina memulangkan paku buah keras.

Dania senyap seketika. Hatinya tersentuh dengan kata-kata sahabatnya itu.

‘Alah, salah aku jugak. Aku tak pernah cakap pun kat dia pasal diri aku. Setiap kali dia tanya, aku tukar topik, tak pun berlakon tidur. Mungkin kali ni aku kena cakap kat dia kot’

“Aina, kau kawan baik aku kan? Kau simpan rahsia yang aku nak cakap ni, ya?”

“Apasal kau ni? Buat suspend aje. Kalau pasal simpan rahsia, janganlah kau bimbang pasal aku ni memang kawan baik kau.” Uajr Aina sambil tersengih.

“Erm, sebenarnya aku ni yatim piatu.” Katanya selamba. Namun, Aina yang berasa bersalah meluru memeluknya.

Dania yang tidak dapat menahan sebak dengan perlakuan sahabatnya itu, menangis sambil menceritakan segala-galanya.

“Ya Allah, Dania. Aku, aku tak tahu pun.” Ujarnya serba-salah.

Dania sudah mengeringkan air matanya. Namun, timbul pula satu idea di mindanya.

“Aina, kau rindu family kau kan? Kau anak sulung kan dan adik kau semuanya empat orang kan?” tanya Dania.

“Apa banyak soalan lah kau ni. Dan, jawapan untuk semua soalan kau tu ialah ya!” jawab Aina sambil tersengih.

“Apa kata kalau kita balik kampung kau. Kampung kau kat Terengganu kan?” serta-merta, mata Aina membulat memancarkan sinar.

“Nak,nak!!” ujarnya semangat. Namun, buat seketika cuma. Selepas itu, wajahnya kembali muram.

“Apa kau merepek ni, Dania? Tambang nak balik kau ingat murah ke?”

“Alah, aku belanja kaulah kawan! Sebagai gantinya, kau belanjalah aku pulak tinggal kat rumah kau. Deal?” ujar Dania. Namun apabila melihatkan Aina senyap dia mengugut temannya itu.

“Tak nak sudah..” ujar Dania nakal.

“Eh, nak! Tapi, tak menyusahkan kau ke?”

Dania hanya menggeleng sambil tersenyum manis. Sebenarnya dia ingin pulang ke Malaysia untuk mengetahui perkembangan syarikat Megah Holdings warisan datuknya itu.

Syarikat itu akan diserahkan sepenuhnya kepada Dania memandangkan umminya tidak berminat dan pak sunya sekarang yang sekarang sudah mempunyai firma guaman yang sendiri. Mujurlah ada Encik Roslan yang bertanggungjawab menentukan urusan syarikat. Butik yang di bawah jagaan kawan arwah mamanya juga perlu di pantau.


“Eh, kau packinglah cepat sikit. Aku ingat kita nak balik lusa.” Tambah Dania lagi. Senang hatinya melihat temannya itu gembira.

“Mak oi, cepatnya! Ni aku sayang kau ni.” Balas Dania sambil mempamerkan kesemua giginya.

Dania cuma tergelak kecil.




DANIA menekan tetikus laptop nya. Dia ingin membuka akaun Yahoo!Massager nya.

Dia sedang mencari-cari siapakah temannya yang sedang online sekarang. Dia tersenyum apabila melihat nama Darwisy juga sedang online sekarang. Segera dia menghantar mesej ingin berborak dengan leleaki itu.

- Hai, ganggu tak ni? (“,)

Tidak lama kemudian, Darwisy membalasnya.

+Tak adalah. Tengah study tadi.

-Owh,sorry ganggu. Tak apalah kalau macam tu.

+Eip, tak adalah. Kalau si comel ni punya pasal, apa-apa pun sanggup Darwisy korbankan.

-Hek eleh. Yelah tu. Anak manja ni tak balik Malaysia ke time cuti cam ni?

+Alah, tak sempat lah. Dania pun tahu kan, tahun ni final year. So, exam dah nak dekat lah.

-Kesiannya kat anak manja ni. Ermm, Dania balik tau. Flight esok petang.

+Ye ke? Bestnya. Tak aci. Tak apalah. Kirim salam kat ibu Darwisy eh?hehe..

Dania tergelak sendiri. ‘Manalah aku kenal ibu dia.’

-Alah,mana lah saya kenal ibu awak?

+Tak apa. Ibu saya tu namanya Auntie Zirah. Kalau Dania jumpa, kirim salam aje. Kalau tak, sudah.

-Ermm..yelah tu. Eh, kita sambung lain kali lah. Dah nak tidur dah ni. Kalau saya jumpa ibu awak, saya kirim salam. Tu pun kalau saya jumpa lah,hihi..

+Hisy, Dania ni. Main-main pulak dia. Nanti jadi bakal mak mertua kang. Baru padan muka. Ok, night, assalamualaikum.

-Boleh jugak,huhu..ok, waalaikummussalam.

Laptop nya ditutup. Dia berasa senang dengan lelaki itu. Pernah sekali Darwisy menelefonnya dari Mesir. Bila di tanya, lelaki itu hanya menjawab kerana rindukannya. Dia senang bersama lelaki itu seperti dia menyenangi Amir suatu ketika dahulu.

Amir. Dia sudah lupa akan lelaki yang menghancurkan hatinya itu. ‘Ah, kacau aje ingatkan dia.’ Bisik Dania lalu memejamkan mata ingin tidur.

Bab 5

BAB LIMA


“AISYA, rindunya aku kat kau.” Jerit Dania setibanya di bilik mereka.

“Oit, aku pun rindu kat kau ni!!” balas Aisya sambil memeluk Dania erat.

Sepupu Dania yang perangai gila-gila itu nampaknya masih seperti dulu. Umminya pernah berkata, mereka serasi bersama kerana seorang gila-gila perangainya dan seorang lagi serius.

“Kau ceritalah pasal Amir tu. Alah, dalam email kau cerita ringkas sangatlah. Ha, sekarang ceritalah cepat! Aku dah tak sabar ni!” asak Aisya sungguh-sungguh.

“Alah, aku penatlah. Kasi canlah kat aku nak tidur dulu ok?” soal Dania. Aisya mula memuncungkan mulutnya.

“Ok,ok. Kau tidurlah puas-puas tapi esok kau cerita kat aku,ya?” pintanya lagi bersemangat.

Sejurus itu, lampu dipadamkan dan Aisya sibuk dengan teman mayanya itu.

KETIKA pagi mengambil tempat,dua sepupu ini merangkap sahabat baik keluar bersiar-siar. Memandangkan mereka tidak biasa dengan Turkey, jadi keadaan menjadi agak kelam-kabut.

Mereka menaiki trem yang mana menjadi pilihan penduduk tempatan. Ianya sejenis kenderaan awam yang berbentuk seperti gerabak kereta api dengan dihubungkan melalui kabel.

Tempat di dalam trem itu agak terhad jadi, mereka harus berebut-rebut untuk menaikinya. Dalam keadaan kelam-kabut itu, kepala Dania terhantuk dengan seorang lelaki.

“I’m sorry.” Ujar lelaki itu. Wajahnya kelihatan serba-salah.

“No, it’s okey. I’m soory,too” balas Dania sambil tersenyum.

‘Aduss, sakitnya kepala aku ni. Macam terhantuk dengan batu aje rasanya.’ Getus Dania dalam hati

“Are you okey?” tanya lelaki itu lagi. Wajahnya seperti orang campuran Arab.

“Yeah, I’ m okey.” Selepas itu, trem sudah berhenti. Mereka turun dan pertemuan dengan lelaki itu terpisah begitu sahaja.

“Weh, apa yang kau menungkan ni?” tanya Aisya apabila melihat Dania seperti berkhayal.

“Ha? Tak ada apalah.” Nafi Dania.

Aisya seperti tidak puas hati dengan alasan Dania itu. Muka Dania ditenung bagi mencari sebuah jawapan. Seketika cuma dan mukanya berseri lagi.

“Ha..aku tahu. Kau ingatkan lelaki tadi kan,kan,kan?” ujar Aisya. Keningnya diangkatkan.

‘Hisy, mana minah ni tahu ni? Setahu aku keturunan aku tak adenya nujum-nujum ni.’ Bisik hati Dania hairan.

“Kau senyap ni apasal? Macam cakap dengan batu pulak. Aku tahu kau ingatkan mat salleh tu.” Namun masih tiada sebarang respon daripada Dania.

Aisya yang mula berasa geram merancang ingin balas dendam apabila melihatkan mat salleh tadi berada di situ. Lalu, langkahnya di atur ke arah lelaki itu.

“Excuse me. My friend, Dania want to meet with you.” Ujar Aisya.

Lelaki itu kehairanan. Namun, dia turutkan saja.

Apabila ditunjuk oleh Aisya, lelaki itu memegang sedikit bahu Dania. Namun, Dania menyangka itu ialah Aisya.

“Mana kau pergi, Aisya? Kau tahu tak aku cari kau merata-rata tadi. Aku ingatkan kau dah pergi,tau? Aku tahulah tadi aku tak layan kau tapi tak kan kau nak tinggalkan aku sorang-sorang kat sini.” Kata Dania tanpa memandang siapakah yang memegang bahunya tadi.

“Dania..”panggil lelaki itu.

“Ah, kau jangan nak bagi aku alasan lah. Aku benar-benar merajuk ni tau?” sambung Dania lagi membuatkan lelaki itu tidak sempat menghabiskan ayatnya.

Lelaki itu tidak berputus asa. Dia memegang bahu Dania sekali lagi namun lain pula jadinya apabila Dania mengambil tangan dan menggemgamnya kemas. Sepantas kilat kemudian, Dania memalingkan badannya. Dania terkejut!

“Who are you?” tanya Dania cemas. Lelaki itu tergelak kecil.

“Kalau ya pun, lepaskan lah tangan saya ni dulu.”

Dania terkejut. Mukanya menjadi merah semerta. Pandanganya ditundukkan.

‘Apasal boleh jadi macam ni pulak? Ya Allah, malunya aku. aci tak kalau aku buat-buat pengsan? Hisy,tak boleh..tak boleh.’ Bisik hati Dania.

Dia masih menunduk. Malu untuk mengangkat muka untuk melihat wajah tampan di hadapannya kini.

“Dania..err,nama awak Dania kan?” tanya lelaki itu. Mahu ataupun tidak, Dania terpaksa memandang wajah lelaki itu jugak.

“Eh, bukankah awak lelaki yang dalam trem tu?” soal Dania. Malunya sudah hilang apabila melihat wajah telus lelaki itu.

“Ya, betul lah. Saya, Umar Darwisy. Awak?” tanyanya sebagai tanda perkenalan.

“Err..saya Dania. I meant, Aisya Dania. Awak orang Melayu ke?” soal Dania mesra.

“Ermm.saya kacukan Arab, Melayu. Tapi sekarang menetap kat KL. Study kat University of Alexendria, Egypt. Datang sini nak makan angin cuti semester.”

‘Mesti dia ni anak orang kaya. Dah lah boleh tahan smartnya.’ Bisik hati Dania.

“Owh, patutlah. Saya datang sini makan angin jugak.” Jawab Dania sambil tersenyum manis.

Hati Darwisy memainkan irama rancak. Sudah jatuh cintakah dia?

“Eh, jomlah duduk kat bangku tu dulu. Boleh sembang panjang lagi.” Pelawa Darwisy. Dania hanya menuruti.

Mereka berbual dengan rancak. Seketika kemudian, Aisya datang sambil tersenggih-senggih. Dia sempat mengenyit mata kepada Dania namun Dania buat-buat tidak tahu.

‘Cis, tak guna punya sepupu. Nanti kau! Aku geletek kau nanti sampai menangis kau.’ Bisik Dania dalam hati mahu mengenakan balik sepupunya itu.

Darwisy dan Aisya kini sedang rancak bercerita. Sesekali, Dania manyampuk. Jika dibandingkan dia dan Aisya, sepupunya itu jauh lebih peramah berbanding dirinya. Sebelum berpisah, Dania sempat memberi nombor telefon bimbitnya kepada Darwisy setelah lelaki itu sungguh-sungguh meminta

DI dalam bilik, Dania menanyakan soalan yang bertubi-tubi kepada Aisya.

“Alah, tadi kau yang khayal sangat jadi aku pergilah jumpa Darwisy tu cakap kau nak jumpa dengan dia. Kau sepatutnya berterima kasih kat aku tau?”

“Alah, kan aku dah cakap yang aku anti lelaki sekarang ni. Kau ajelah yang ambil?”

“Hisy, tak nak lah aku. Lagipun, Darwisy mintak no kau, bukan aku nanti, kat mana aku nak letak best friend maya aku tu.” Ujarnya sambil mulut memuncung ke arah laptop miliknya. Tahulah Dania bahawa yang dimaksudkannya ialah teman se ‘chatting’nya.

Tiba-tiba, lagu love story berkumandang. Dania mengangkat telefonnya.

“Hello, asalamualaikum.” Dania memberi salam.

“Waalaikummussalam. Dania, Darwisy ni. Awak buat apa tu?” tanya Darwisy.

“Tak buat apa-apa. Borak-borak dengan Aisya ni. Kenapa?”

“Tak adalah. Saya ingat nak ajak awak pergi bazar. Boleh tak? Saya bosan lah malam ni.” Ajak Darwisy.

“Err..saya fikir dulu, ya? Nanti saya mesej awak.” Ujar Dania memberi kata putus.

“Baiklah, jangan hampakan saya tau. Saya tunggu. Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam.” Akhiri Dania.

Dania berasa resah seketika.

“Macam mana ni, Aisya? Nak pergi ke tak nak. Senang- senang tak payah pergilah.” Ujar Dania buntu.

“Hisy, pergilah. Rugi tau.! Lagipun inilah masanya untuk kau lupakan si Amir tu.”

“Berduaan dengan mamat tu? Kau ikut sekali lah Aisya.”

“Malas aku kacau daun korang.” Jawab Aisya.

“Yes, aku ada idea. Pasti dia tak berani punya.” Kata Dania. Pantas, jari-jemarinya bermain di telefon bimbit untuk mengirim SMS.


Salam..awk, sy x berani nk kluar tnpa izin ummi dan walid saya. Awak dtglah sini dan mintak izin dgn mreka klau awk nk bwk sy kluar. Sy tnggu dan andaikn cencel klau awk x dtg.

Dania puas hati. Dia yakin bahawa Darwisy tak akan datang kerana takutkan ummi dan walidnya. Segera telefonnya di matikan. Mahu menjadi kejutan sama ada lelaki itu datang ataupun tidak.

Selepas solat Maghrib, Dania tertidur sebentar. Namun, tidurnya terganggu apabila Aisya datang mengejutnya.

“Hoi, bertuah punya budak. Eee..geramnya aku!” jerit Aisya sambil memukul Dania dengan bantal.

“Apasal dengan kau ni? Sukalah ganggu aku tengah syok tidur ni.”jawab Dania. Matanya masih lagi dipejamkan.

“Weh, Darwisy tunggu tu.” Ujar Aisya mampu membuatkan mata Dania menjadi bulat-sebulatnya.

“What? Are you sure? You are not joking right?” soal Dania.

“Apa banyak soalan lah kau ni. Dah, pergi siap cepat. Darwisy tengah borak dengan walid dan ummi tu. Dia mintak kebenaran nak bawak kau keluar.”

Dania menjadi kelam-kabut. Dia bersiap ala kadar sahaja tidak mahu Darwisy tertunggu-tunggu.

Salepas bersalam dengan umminya, Dania dan Darwisy meminta izin untuk keluar. Mereka berjalan-jalan di sepanjang bazar.

“Awak, nak tanya sesuatu boleh?” tanya Darwiy.

“Tanya ajelah. Itupun nak mintak kebenaran jugak.”

“Ermm.kenapa awak tak salam dengan walid awak tadi?” mendengarkan itu, Dania tergelak sendiri.

“Apalah awak ni. Itu bukan ayah saya betul-betul. Dia cuma suami kepada mak saudara saya.” Balas Dania.

“Oh, jadi itu bukan ummi dan walid awaklah? Habis tu, mana mak dan ayah awak? Oh, duk kat KL eh?” soalan Darwisy membuatkan Dania terdiam sejenak. Namun, dia kembali tersenyum.

“Tak adalah. Diorang dah tak ada minggu lepas. Nenek, mama dan papa accident. Semuanya pergi sekaligus.” Ujar Dania tabah.

“Oh, I’m sorry. Saya tak tahu. Sabar,ya?” muka Darwisy menunjukkan riak serba-salah.

“Tak adalah. Saya dah boleh terima semuanya. Ini kan takdir? Jadi, saya hanya mampu bersabar dan menerima semuanya dengan redha.”

“Baguslah awak ni. Memang seorang yang tabah. Susah tau nak cari orang macam awak ni.” Puji Darwisy, ikhlas.

“Eh, tak adalah. Ermm, apa yang awak cakap kat walid dan ummi sampai diorang kasi awak bawak saya keluar ni?” soal Dania ingin tahu.

“ Itu rahsia saya lah. Mana boleh cakap.” Ujarnya sambil tergelak senang.

Dania cuma tersenyum. Dia senang dan berasa selamat apabila bersama lelaki tersebut.

Hari demi hari, hubungan Dania dan Darwisy semakin akrab. Dania sudah ingin pulang ke Malaysia. Sesekali, pasti dia akan pulang ke rumah Aisya di Iran.

“Dania, lepas ni kita boleh sentiasa berhubung kan?” soal Darwisy suatu hari.

“Tentulah.” Jawab Dania ringkas. Dia juga pasti akan merindui sahabatnya itu.

“Kalau macam tu, awak kasilah email awak. Nanti boleh kita sentiasa berhubung.” Ujarnya.

‘Email? Alamak, email aku yang dulu tu dah lama aku tak buka. Macam mana ni, nak kasi jugak ke?’ bisik Dania dalam hati.

“Darwisy, awak kasi email awaklah dulu. Nanti saya add awak.” Pinta Dania. Darwisy hanya memberinya tanpa banyak soal.




HARI itu, Dania akan pulang ke rumahnya di KL.Dia akan tinggal bersama Mak Timah dan Pak Din yang telah lama bekerja di rumah itu. Mereka itu sudah dianggap sebagai saudara sendiri buat Dania. Mama dan papanya mewasiatkan agar segala harta nenek dan papanya diberikan kepada Dania untuk diuruskan termasuk syarikat papanya dan butik mamannya.

Jadi, Dania menolak tawaran ke India dalam bidang perubatan yang diminatinya. Keputusan SPMnya begitu cemerlang dengan mendapat 8A1 dan 2A2 dan dia melanjutkan pelajarannya di University of Salford, Manchester dalam jurusan Business Management. Berada sendirian di bumi United Kingdom membuatkan dia menjadi seorang yang tabah. Sesekali, dia akan pulang ke Malaysia dan Iran di rumah Aisya.

Hari pertama dia menjejakkan kaki di gerbang menara gading, hatinya berdebar-debar. Dia harus melakukannaya seorang diri. Syukurlah, dia berjaya mendapatkan seorang teman, yang merupakan teman sebiliknya juga sekuliah. Aina Batrisya. Namanya secantik tuannya namun, nama itu tidak seayu tuannya apatah lagi menjadi seorang yang gedik. Walaupun bertudung, wanita dari Terengganu itu sedikit kepoh orangnya.

“Hai, sorry. Tak perasan tadi.” ujar Dania apabila terasa seperti dia melanggar seseorang.

“Tak apa, tak apa. Aina tak kisah.” Jawab perempuan itu mengikut telor wanita India.

Dania tidak dapat menahan gelaknya. Wanita itu pun turut sama ketawa.

“Kelakarlah awak ni. Erm, nama saya Dania.”

Wanita itu hanya tersengih memandang Dania.

“Saya Aina.” Selepas itu, hubungan mereka menjadi semakin akrab seperti adik-beradik.

Bab 4

BAB EMPAT

“Mama,mama!” jerit Dania. Sekelilingnya gelap belaka.

“Mama, Dania takut gelap. Tolong!” dia tidak tahu dia berada di mana sekarang. Tiada satu cahaya pun yang dilihatnya sekarang ini. Hitam pekat semuanya

Tiba-tiba, datang seorang lelaki yang sangat tua dan badannya sangat bongkok memberikan sedikit cahaya datang kepada Dania. Namun cahaya yang sedikit itu tidak mampu menghilangkan takut di dalam hati Dania.

“Pak cik, tolong saya. Saya takut ni. Tolong saya, pakcik.” Pinta Dania sungguh-sungguh kepada lelaki tua itu.

“Pak cik hanya mampu bawa cahaya sebanyak ini sahaja. Kalau mahu lebih lagi, Pak cik tak mampu,nak.” Jawabnya.

“Kenapa? Siapa pakcik ni?” soalnya.

“Pak cik ialah amalan kamu selama ini. Kamu terlalu banyak melakukan perkara mungkar,nak.” Sejurus mengatakan itu, orang tua itu menghilangkan diri meninggalkan cahaya yang sedikit itu.

Dania masih tidak memahami keadaan itu namun, dia berharap dia dapat keluar dari keadaan itu.

“Ya Allah, bantulah hambaMu ini.” Doa Dania sungguh-sungguh bersama linangan air mata.

Ternyata, doanya di makbulkan. Datang seorang perempuan yang begitu cantik rupa parasnya.

“Siapa kamu?” tanya Dania gugup. Tangannya menggeletar kerana terlalu takut.

“Kamu tak perlu tahu nak. Apa yang anak mahu?” soalnya.

“Saya, saya nak keluar dari sini. Saya, saya takut.”

“Kamu nak masuk syurga?” tanya wanita itu.

Dania mengangguk laju.

“Kamu selalu baca Quran?” tanya wanita itu lagi.

Dania tersedu-sedan sambil menggelengkan kepalanya.

“Kamu ada sedekah tak?” sekali lagi Dania menggelengkan kepalanya. Dia cukup kesal. Selama ini, dia begitu mementingkan dunia.

“Tapi, saya solat penuh setiap hari.” Ujar Dania.

“Awak tak boleh ke syurga dengan solat awak tu kerana awak solat bila nenek awak suruh. Awak tak ikhlas. Solat awak juga tak diterima oleh Allah SWT.” Kata-kata wanita itu membuatkan hati Dania begitu hiba sekali.

Wanita itu pergi. Kini, Dania berseorang lagi. Kini dia tahu dia telah banyak melakukan dosa. Dia begitu lalai selama ini.

Dia menangis seorang diri sambil mengucapkan istighfar. Hatinya tenang semerta.

“Dania, tolong mama Dania.” Tiba-tiba, arwah mamanya datang.

“Mama, Dania sayang mama. Dania rindu mama.” Ujar Dania sambil mendapatkan mamanya namun dia tidak boleh memegang mamanya kerana terdapat sesuatu yang menghalang.

“Kalau Dania sayangkan mama, Dania tidak boleh selalu nangis. Mama, papa dan nenek cukup terseksa apabila setiap kali Dania nangis. Dania janji dengan Dania,ya?”

“Baiklah,mama. Tapi, kenapa Dania sorang aje. Kenapa Dania tidak pergi sekali dengan mama?” soal Dania. Tangisannya menjadi-jadi.

“Dengarlah mama berpesan. Dania harus tabah. Allah sedang uji Dania, sayang. Pasti ada hikmahnya di sebalik apa yang berlaku. Mama harap jika Dania bersedih, Dania dekatkan diri dengan Allah.”

Dania sudah mengeringkan air matanya. Jika selama ini setiap kali teringatkan keluarganya, Dania akan menangis. Namun, kali ini dia harus tabah. Setiap yang terjadi ini sudah ditentukan oleh Nya. Dia seharusnya bersyukur kerana dia masih boleh hidup senang berbanding anak yatim piatu yang lain.

“Mama, papa dan nenek selalu mengharapkan doa dari Dania. Hanya doa anak solehah sahaja yang dimakbulkan, Dania. Jagalah diri Dania baik-baik. Selalulah dekatkan diri pada Allah, sayang.” Selepas itu, bayangan Datin Aini hilang dari pandangan.

Sedikit demi sedikit cahaya datang menerangi Dania. Lalu, dia tersedar.

“Allah,Allah.” Ucap Dania. Jam di dinding di ambil. Pukul 4.30 pagi. Dania bangkit dari tidur. Dia ingin menunaikan solat tahajud dan taubat.

Dia melakukannya perlahan-lahan agar keluarga datuk saudaranya yang tidur di rumah arwah neneknya tidak menyedarinya.

Dia khusyuk mengadap Ilahi di keheningan pagi. Dia juga mengaji sehingga subuh dan disedekahkan buat insan yang disayanginya.




TIGA hari berturut-turut kenduri arwah diadakan. Majlis itu diuruskan oleh satu-satunya datuk saudara Dania memandangkan neneknya tiada saudara lain. Dania bercadang untuk pergi dari Malaysia buat sementara waktu bagi menenangkan fikirannya.

Dia akan bercuti di Itali barang sebulan dua bersama kakak kepada papanya yang sekarang menetap di Iran. Dania juga ingin melupakan Amir. Dia tahu, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dia juga telah menukar imejnya. Jika dulu, alasan dia tidak mahu memakai tudung ialah kerena panas, namun sekarang dia rela hati demi mencari keredhaanNya.

Dania sekarang sudah menjejaki lapangan terbang antarabangsa Itali. Dia dan keluarga ibu saudaranya akan bercuti di Itali buat sebulan kerana urusan kerja. Segala perbelanjaan penginapan diuruskan oleh syarikat ibu saudaranya itu. Dia hanya seorang diri. Dia sedar, dia harus menjadi lebih tabah memandangkan dia sekarang anak yatim piatu.

‘Hisy, mana ummi dan walid ni?’ bisik Dania dalam hati. Ibu dan bapa saudaranya itu dipanggil ummi dan walid.

Tidak lama kemudian, kedua-duanya pun sampai. Dania menyalami mereka.

“Ummi, Aisya mana?” soal Dania apabila tidak melihat sepupu kesayangannya itu.

Aisya Dayana dan Aisya Dania lahir pada bulan dan tahun yang sama. Cuma, tarikh aje yang berlainan. Aisya tua sehari berbanding dengannya. Arwah datuk merekalah yang memberikan nama itu.

“Aisya ada kat hotel. Katanya letih. Nanti kamu jumpalah dengan dia tu.” Jawab umminya.

Dengan menjejakkan kaki di bumi Itali ini bermakna segala masalah yang ada ingin dilupakan oleh Dania.

Bab 3

BAB TIGA

Pada waktu petang, Amir, Dania, Airin dan Zahid ke perpustakaan. Mereka ingin menghabiskan waktu rehat mereka kerana hari itu mereka puasa sunat Khamis.

Mereka duduk di sebuah meja yang sama. Tiba-tiba, Dania merasakan kakinya di sepak. Seorang demi seorang dilihatnya dan Amir sedang tersengih-sengih. Tahulah dia Amir yang membuat perkara itu tadi.

Oleh sebab mereka sedang berada di perpustakaan, Dania mengutuskan sekeping nota kepada Amir.

+ Kenapa awak sepak kaki saya?

Tidak lama kemudian, Amir membalasnya.

-Sakit ke? Sorrylah sayang.

+Banyaklah awak punya sayang. Hei, saya tak sayang awak tau!

Amir yang membaca apa yang dikatakan Dania berpura-pura sakit. Dania kelihatan cemas. Namun, selepas itu, Amir hanya tersengih. Dania berasa tertipu. Mukanya masam. Zahid dan Airin langsung tidak menyedari gelagat mereka kerana begitu asyik membaca buku.

-Orang tu cakap dia tak sayang kita, tapi bila kita sakit, gelabah dia.

+Awak ni jahatlah. Tak nak kawan kang!.

-Alah, jangan lah marah. Cute lah bila Nia marah.

+Tipu!! malaslah layan awak.

-Alah, sayang. Janganlah marah. Nia, Nia jadi makwe Mir,nak?

+Mengarut!! Tak nak caye cakap awak.

Sejurus selepas itu, Dania berlalu ke rak mahu menyimpan buku. Dia tidak menghiraukan Amir kerana menyangka Amir hanya bergurau. Namun, Amir mengekorinya. Lebih menggeramkan lagi, Amir manghalang laluannya. Dania mengetap gigi.

“Apa awak nak ni?” soal Dania geram.

“Saya nak awak!” jawab Amir serius.

“Hisy, main-main pulak dia ni. Tepilah, saya nak lalu ni.” Pinta Dania.

Amir mengambil sebuah buku yang berjudul I Love You. Dihulurkan buku itu kepada Dania sambil menghadiahkan senyuman yang paling manis.

Dania berasa sedikit terusik dengan senyuman itu. Jantungnya berdegup kencang.

“Apa kena dengan buku itu pulak?” soal Dania menutup gugupnya.

Amir tergelak kecil. Di ambilnya tangan Dania lalu diletakkan di dadanya lalu mengatakan “Amir sayang Aisya. Amir nak Aisya jadi teman Amir. Boleh tak?”

Dania seakan terpaku. Dia menundukkan kepalanya. Oh, inikah cinta? Perlahan-lahan kepalanya diangguk sedikit.

“Yes! Thank you, honey.”jerit Amir. Mujurlah waktu rehat begini tiada orang di perpustakaan. Mereka beriringan menuju ke tempat duduk mereka.

“Ni apahal tersengih-sengih macam kerang busuk ni?”soal Zahid ingin tahu.

“Dania dah jadi makwe aku.” Jawab Amir bersahaja.

Zahid dan Airin mengucapkan tahniah kepada mereka. Mereka juga berjanji tidak akan memberitahu sesiapa memandangkan tidak mahu terjadi gossip dan cikgu mengetahuinya.

Beberapa bulan kemudian, hubungan mereka semakin erat. Dania sendiri sudah berani menyatakan sayang kepada Amir. Mereka sering berjumpa di kawasan air terjun yang jarang dilalui orang. Mereka juga selalu belajar bersama-sama dan ibu bapa masing-masing juga seakan-akan merestui hubungan mereka.

Pernah beberapa kali ketika mama dan papa Dania menziarahi Dania, Amir turut ada bersama dan setiap kali Dania bergaduh dengan Amir, Dania akan mengadu kepada mamanya.

Di suatu petang, setelah dua hari peperiksaan SPM berlalu, mereka berjanji ingin berjumpa di tempat biasa.

Deruan air terjun menerbitkan rasa tenang kepada Amir dan Dania.

“Aisya..”panggil Amir. Dia pernah bertanya mengapa memanggil Aisya dan Amir hanya menjawab bagi menjadikan dia orang istimewa buat Dania. Macam-macam!

“Ya, awak nak cakap apa jumpa saya kat sini?” soal Dania.

“Awak sayang saya tak?” tanya Amir.

“Sayanglah. Kenapa tanya macam ni?” soal Dania lagi.

“ Banyak mana?”

“Amir, awak ni kenapa? Awak buat salah kat saya eh..” duga Dania.

“Mir mintak maaf, sayang. Mir tak sengaja. Mir mintak maaf.” Rayu Amir sungguh-sungguh. Dia ingin berterus terang mengenai kisah yang menyebabkan Dania disandingkan dulu.

Dania yang melihatnya berasa kesian. Dia menarik Amir dekat dengannya. Tangan Amir disentuh bagi memberi kekuatan buat lelaki itu. Ternyata usahanya membuatkan Amir mendakapnya erat. Ini merupakan kali kedua Amir memeluknya.

Dania hanya membiarkan apabila Amir mengusap rambutnya lembut. Dia juga senang dengan layanan yang diberikan. Dania mengeratkan lagi pelukan. Dia dapat merasakan jantung Amir yang berdegup kencang.

“Sayang, Amir sayang Aisya sepenuh hati Amir. Tiada apa yang dapat menandingi rasa sayang Amir terhadap Aisya.” Dania menjadi terharu. Dia sudah lupa perkara yang ingin diberitahu oleh Amir.

“Saya juga sayang awak. Tapi, andai jodoh kita tak berkekalan, apa nak buat.?” Tanya Dania. Pelukan sudah dileraikan.

“Jangan cakap macam tu sayang. Sekalipun suatu hari nanti sayang dah tak mahukan Amir, masa tu Amir tetap tunggu sayang. Percayalah.” Kata Amir sungguh-sungguh. Tangannya menyeka perlahan air mata Dania.

Mereka bertentangan mata buat seketika.



SUATU hari, Dania bertandang ke rumah Amir. Dia sudah berjanji mahu membantu Mak Leha, ibu Amir untuk mengemas rumah.

“Nia, tolong ambilkan surat khabar lama kat dalam bilik Amir tu.”pinta Mak Leha.

Dania hanya menurut.

‘Mak oii, bilik pak we aku ke ni? Kemasnya. Malu lah aku kalau dia tahu bilik aku bersepah.’ Bisik hati Dania.

Dia melihat-lihat suasana bilik Amir. ‘Alah, tak apa. Amir tak ada jugak.’

Dia tiba di meja belajar Amir. Dicapainya sebuah buku berkulit hitam di atas meja itu. Dania membelek-belek isi kandungan buku itu. Oh, diari!

Dania tergelak kecil membaca diari itu.

‘Alah, tak apa. Dia pergi kadai jugak. Lama lagi baru balik.’

Matanya tertarik membaca sehelaian mukasurat.

9.9.2009

Ehem, tarikh keramat kan hari ini? Huhu, aku Berjaya sekali lagi mengenakan musuh ketat aku si Dania sombong itu. Kalau dulu sudah berkali-kali aku sakitkan hati dia namun dia seakan-akan tidak ada perasaan langsung.

Dania tersengih membaca coretan itu. Berkat kesabaran dia, semuanya berubah. Amir yang dulunya begitu dibenci kini begitu disayangi. Dia menyambung lagi pembacaannya.

Farid menyuruh aku menghantar surat salam perkenalan buat Dania. Aku sebenarnya malas nak buat kerja tu tapi, aku ada satu idea. Yahoo!! Aku tukarkan kandungan surat tu dan aku kasi kat Encik Yusry. Hehe..jahatkan aku ni? Tapi tak kira. Demi sakit hati aku bila melihat perangai bodoh sombong perempuan itu, aku sanggup lakukan apa sahaja. Diorang akan disandingkan esok. Padan muka kau Dania. Hihi, jahat juga aku ni. Tapi, demi musuh ku, apapun aku sanggup buat. Ermm, harap-harap mereka tak tahu sampai bila-bila. Kalau tak, mampos aku!

Pembacaan Dania tersentak apabila Mak Leha memanggilnya.

“Ya, mak cik. Dah jumpa dah. Dania datang ni!.” Jerit Dania sambil menuju ke dapur. Air matanya ditahan sebolehnya. Dia ingin berlalu dari situ. Tegarnya hati Amir memperlakukan dia sebegitu. Maruahnya sekarang terasa seperti diinjak-injak. Selepas meletakkan senaskah surat khabar, Dania meluru keluar rumah.

‘Tegarnya hati kau buat aku macam ni, Amir.’ Getus hati Dania. Dia berasa sangat sedih.

Namun, belum pun sempat Dania mengayuh basikalnya ingin pulang, dia terserempak dengan Amir yang baru balik dari kadai.

“Eh, Aisya nak balik ke?” soal Amir ingin tahu. Namun Dania tidak mengendahkannya.

“Aisya, kenapa awak diam? Awak sakit ke?” Amir hairan. Sikap Dania lain macam aje.

“Hei, kau jangan nak buat baik lah kat aku! Dari dulu lagi kan, kau dendam dengan aku.?” Tanya Dania. Dia menentang mata Amir dengan pandangan benci, menyampah, meluat.

“Apa yang Aisya cakapkan ni? Mir tak fahamlah.” Tanya Amir ingin tahu.

“Kau jangan pura-pura dengan akulah. Kau tulis dalam dairi kau, kau nak balas dendam dengan aku. Bila aku tak beri respon mula-mula tu, kau rancang sesuatu yang dapat memalukan aku.” Tangisannya menjadi-jadi. Kekasih hatinya selama ini bagaikan memainkan perasaannya sahaja.

“Aisya, dengar Mir cakap ni. Mir begitu sayangkan Aisya. Cinta Mir selama ini begitu ikhlas.” Namun, Dania pantas memotong kata Dania.

“Cis, sayang konon! Entah-entah sekarang pon sebahagian dari rancangan kau nak kenakan aku.” Selepas itu, Dania mengayuh basikalnya ingin pulang.

“Aisya, Aisya Dania, tunggu!” jerit Amir sambil mengejar Dania dengan motosikalnya.

Mereka tiba di hadapan rumah nenek Dania.

“Aisya, Mir mintak maaf banyak-banyak. Dah lama Mir nak berterus-terang tapi tak jadi sebab Mir takut Aisya tak dapat terima dan sekarang alih-alih Aisya dapat tahu melalui diari Mir. Percayalah, Mir begitu sayangkan Aisya. Lupakan semua tu ya, sayang.”

“Apa, sayang-sayang? Hei, tolonglah. Kau dengan aku tak ada apa-apa tau?” marah Dania.

Kemudian, telefon bimbit Dania berbunyi. Dania menjawabnya. Namun, setelah menjawab panggilan tersebut, dia terus terduduk di atas tanah.

Amir yang melihatnya bimbang. Segera dihampiri Dania cuba untuk menenangkannya.

“Kenapa ni, Aisya?” soal Amir sambil memegang lengan Dania.

“Pergi kau! Aku benci kau. Papa, mama, nenek, atuk..jangan tinggalkan Nia.” Tangisan Dania semakin rancak. Baru tadi ada yang menelefonnya memberitahu bahawa mama,papa dan neneknya meninggal dalam kemalangan menuju ke rumah saudara mereka di Dungun.

“Kenapa semua pergi meninggalkan aku? Ya Allah, apa salah aku. Semuanya pergi meninggalkan aku.” Dania merintih hiba. Tahulah Amir bahawa mereka semua sudah pergi meninggalkan Dania.

Amir menarik Dania ke dalam pelukannya. Membiarkan dadanya basah dek air mata Dania.

Dania tidak membantah. Dia memang perlukan seseorang untuk mengubati lara di hatinya.

“Kenapa diorang tinggalkan Aisya, Mir? Kenapa? Tuhan nak uji Aisya ke? Aisya tak kuat, Mir. Aisya tak boleh nak hadapinya sorang-sorang.” Aisya menangis tersedu-sedan.

Dia masih tidak boleh menerima apa yang berlaku. Dalam sekelip mata, tiga insan yang disayanginya pergi meninggalkannya

“Amir, Aisya tak kuat. Aisya takut nak hadapi hidup ni sendiri.” Kata Aisya. Dia memeluk Amir kemas.

“Dah, dah. Amir kan ada. Amir akan jaga awak,ya?” ujar Amir cuba memujuk.

Namun, Dania seakan baru menyedari perkara yang terjadi antara dia dan Amir tadi. Serta-merta pelukan dileraikan.

“Apa kau buat kat sini?” tanya Dania kasar.

“Amir, Amir..”

“Ah, aku tak nak tengok muka kau lagi. Pergi kau. Jangan kau jumpa aku lagi lepas ni. Pergi!!” Dania seakan dirasuk.

Amir merasakan sangat tidak berguna. Buah hatinya yang tatkala ini begitu memerlukannya, namun dia menambahkan lagi dengan sakit hati Dania terhadapnya.

Sampai di rumah, dia menghempaskan pintu biliknya. Ibunya begitu terkejut melihat keadaan anaknya itu.

“Arggh, kau memang tak guna Amir.! Kau tak payah jadi lelaki lah kalau Aisya pun kau tak boleh lindungi.” Jeritan Amir begitu mengejutkan ibunya lalu bergegas ke bilik Amir.

“Masyaallah, Mir. Apa dah jadi dengan kamu ni?” Mak Leha menggeleng apabila melihat barang-barang dalam bilik Amir bersepah.

“Mak, papa,mama dan nenek Dania sudah tiada.” Jawab Amir lemah.

“Innalillah..habis tu, mengapa kamu mengamuk sakan pulak ni?” soal Mak Leha.

“Amir dah sakitkan hati Dania. Peristiwa dia disandingkan hari tu semuanya dirancang oleh Amir dan sekarang Dania sudah tahu. Dia tak nak jumpa Amir lagi. Dia benci Amir, mak.” Luah Amir sambil menangis sungguh-sungguh.

“Ya Allah, Amir. Kau sedar tak apa yang kau buat ni? Tak baik tau, Mir. Dia tu sekarang anak yatim piatu, Mir.” Mak Leha begitu kesal dengan sikap anaknya.

“Sudahlah, mak nak pergi tengok Dania sekejap. Kau duduk sini, nanti tertekan pulak Nia bila tengok kau tu.” Sejurus selepas itu, Mak Leha membiarkan anak lelakinya bersendirian.

Amir sungguh tertekan. Dania sudah melarang Amir berjumpanya. Bagi Amir, Danialah segala-galanya dalam hidupnya.

Dia menuju ke beranda rumahnya. Kebetulan, terdapat sepasang burung yang sedang berkejaran. Amir tersenyum sendiri. Dia membayangkan dirinya bersama Dania namun cuba buat seketika. Kemudian, dia menjerit menyesali nasib diri. Bagaimanakah nasibnya selepas ini tanpa Dania di sisi.

Bab 2

BAB DUA

“Nenek,nenek!!” jerit Dania lantang.

“Ya, ada apa?” soal Nenek Timah kepada satu-satunya cucunya.

“Nia nak pergi rumah Airin sekejap. Nia pergi dulu, ya?” ujar Dania meminta izin.

Dania sebenarnya tidak berpakat pun dengan Airin. Dia saja mahu ke rumah temannya itu.

Pon,pon!!! Kedengaran sebuah motosikal membingitkan Dania. Penunggang motosikal itu ialah Amir.

“Woi, kata anak Dato’. Alah, tak akan naik basikal aje kot?”soal Amir sambil ketawa.

Dania hanya mengetap gigi menahan sabar.

“Hoi, kau pernah mandi parit tak? Alah, tak bestlah kalau tinggal kat kampung tapi tak penah mandi parit.” Sejurus selepas itu, Amir menghimpitkan motosikalnya dengan basikal Dania lalu…opps!!

Buah nangka dah jatuh da..!! buruk betul jadinya.

Dania jatuh ke dalam parit yang berada di situ. Mukanya yang sememangnya agak cerah bertukar dari putih kepada biru kemudian hijau kemudian ungu dan menjadi sangat merah.

Gelak Amir masih kedengaran.

“Tak guna punya mamat telinga piring astro.! Aku bagi kang.” Ujar Dania.

“Apa kau kata? Kurang jelaslah. Anyway, kau hati-hati sikit duduk dalam tu sebab, dah ramai orang kena gigit dengan ular,tau!” ujar Amir membuatkan Dania berasa agak gelisah.

Dania seakan-akan mahu menangis. Dia begitu takutkan ular. Matanya memerah, hampir menangis.

Amir yang melihatnya berasa begitu simpati. Dia menghampiri Dania berhasrat ingin menolong gadis itu.

Namun, bila melihat keadaan Dania, satu idea mahu mengenakan gadis muncul apabila dia melihat kelibat seekor belut berhampiran Dania.

“Ular, ular!” jerit Amir.

Demi mendengarkan jeritan itu, Dania menarik tangan Amir lalu debuk..!!

“Wei, kenapa kau tarik aku? Tengok, sekarang aku dah basah.” Marah Amir. Namun, dia berasa begitu kesian apabila melihat Dania menanngis teresak-esak sambil memeluk batang tubuhnya. Amir terkejut.

‘Aduhai, dia peluk aku lah pulak. Syok jugak. Hehehe..dahla tak ada orang ni.”bisik hati Amir.

Amir perlahan-lahan mengusap rambut Dania yang basah lencun.

Bibir Dania terketar-ketar kerana begitu takut.

“Dania, sebenarnya tu bukan ular. Itu belut aje.” Kata Amir. Sejurus selepas itu, Dania meleraikan pelukannya. Tangisannya terhenti. Mukanya memerah.

“Oh, awak kenakan saya,ya?” ujar Dania dalam keadaan marah.

“Aku saje je. Kau tu salah jugak. Peluk aku macam lah aku ni laki kau.” Balas Amir sambil tersengih-sengih.

Namun, Dania tidak menolak apabila Amir menghulurkan tangan untuk keluar dari situ.


SELEPAS kejadian itu, Amir sering kali mengejeknya di sekolah sehinggalah suatu hari, perlakuan Amir dilihat begitu melampau.

“Kelas,korang semua nak tengok free show tak?” ujar Amir berdiri di hadapan kelas. Dia memang sudah dikenali dengan perangai gila-gila bahasanya itu.

Seluruh kelas memberi tumpuan terhadap Amir. Masing-masing ingin mengetahui apa yang ingin di tunjukkan oleh Amir.

Amir tersengih. Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluarnya lalu melemparkannya kepada Dania.

“Ular,ular!!” jerit Amir. Dek kerana terlampau terkejut, Dania meloncat-loncat sambil menjerit-jerit. Namun, jeritannya terhenti apabila dia menyedari bahawa ular itu hanyalah ular plastik sahaja. Seluruh kelas menjadi gamat mentertawakan Dania.

Dania yang menyedari keadaan itu berasa amat malu. Belum pernah lagi dia merasakan dipermainkan sebegitu. Matanya berkaca-kaca menahan tangis.

‘No, Dania. You can’t cry. Come on, Dania.’ Ujar Dania pada dirinya sendiri.

“Eleh, aku pun tak heran lah. Ngantuk adalah. Aku nak tidur dulu.” Lalu, dia meletakkan kepalanya di atas meja dan menyembunyikan wajahnya.

Sebenarnya, Dania tidak tidur namun dia menangis. Dia juga begitu hairan, sejak dia berpindah ke kampung dia mula menjadi seorang yang lemah-lembut dan sensitif. Mana pergi sikapnya yang suka melawan pun dia tidak tahu.

Amir yang kembali duduk di tempatnya dapat mendengar tangisan Dania. Hatinya sedikit tersentuh. Sudah dua kali Dania menangis kerananya. Ah, perempuan!

Nalurinya mengasak untuk memujuk Dania namun, hatinya menegahkan. Kesudahannya, dia membiarkan sahaja Dania melepaskan tangisannya.





SETELAH dua hari peristiwa di dalam kelas itu terjadi, Amir dan Dania tidak bercakap walaupun sepatah. Dania senang dengan keadaan ini kerana tiada lagi pertelingkahan antara mereka namun, Amir berasa begitu sunyi. Dia sebenarnya mahu Dania sedar bahawa Dania tu taklah hebat mana pon. Kalau dia boleh membuli orang dulu, nah rasakan! Sekarang dia pula dibuli.

Cikgu ada memaklumkan kepada semua pelajar mengenai gejala ber ‘couple’ dikalangan pelajar yang semakin serius. Jadi, semua pelajar digalakkan memberi informasi agar perkara ini dapat dikurangkan.

Amir mendapat satu cadangan untuk menyakitkan hati Dania. Dia memaklumkan kepada guru disiplin bahawa Dania mempunyai hubungan dengan seorang pelajar tingkatan 6 Atas yang kebetulan begitu meminati Dania. Dia menyuruh Amir agar menjadi posmennya dan Amir menukar isi surat itu lalu memberikannya kepada Encik Yusry.

“ Dania. Sila ikut saya ke bilik sahsiah.” Panggil Encik Yusry di suatu petang.

Dania tanpa kata hanya menurut langkah Encik Yusry. Dia berasa agak tidak senang dan sekarang pasti semua pelajar kelasnya memandang serong terhadapnya.

“Awak ada hubungan dengan Farid ke?” soal Encik Yusry. Dania terkejut.

“Tak ada cikgu. Malah, saya tak kenal pon dia ni cikgu.” Ujar Dania.

“Saya menemui surat cinta yang diutuskan oleh Farid kapada awak. Masih bersekolah, sudah pandai bercinta. Awak nak Dato’ Zahari tahu ke?”

Dania terkejut. Dia sanggup melakukan apa sahaja tapi, janganlah melukai hati papa dan mamanya.

Farid juga diasak perkara yang sama namun, dia hanya diam seolah-olah mengakui bahawa semua itu benar.

“Cikgu, maafkan kami. Kami janji tak akan mengulangi lagi.” Kata-kata Farid seakan-akan mengesahkan segalanya itu benar.

‘Cis, tak guna Farid! Aku panggil geng-geng lama aku suruh kerjakan kau kang.’ Bisik Dania dalam hati.

Dania yang melihat isi kandungan surat itu berasa ingin muntah. Seumur hidup dan sesosial-sosialnya pun, dia belum pernah lagi ber ‘couple’.

“Saya bagi kamu dua pilihan. Memanggil ibu bapa kamu ke sekolah ataupun kamu berdua mesti disandingkan di hadapan semua pelajar di perhimpunan bagi menjadi tauladan kepada semua” ujar Encik Yusry.

Dania tersentak. Dia tiada pilihan. Salah satu harus dipilih.

“Baiklah. Saya rela disandingkan di perhimpunan asalkan keluarga kami tidak mengetahui hal ini.” Jawab Dania. Manakala, Farid hanya terangguk-angguk mempersetujuinya memandangkan ayahnya juga seorang yang teramat garang.

“Baiklah. Semuanya dah selesai. Kamu boleh ke kelas masing-masing.” Arah Encik Yusry.

“Kenapa awak tidak menafikan perkara itu?” soal Dania kepada Farid setelah mereka menaiki tangga menuju ke kelas.

“Sebab saya cintakan awak.” Jawab Farid ringkas. Uweek, berbulu tekak Dania mendengarnya.

“Go to the hell with your stupid love. Remember, I hate you so much!” jerit Dania kepada Amir.

Dia berlari memasuki kelas. Semua ini harus dilupakannya. Dia redha menanti saat yang memalukan esok.

Ketika dia memasuki kelas, semua orang memandangnya. Dia buat-buat tidak tahu dan cuba sedaya mungkin menahan tangis. Hanya Airin tempat dia meluahkan rasa.

TIBA saat yang dinantikan. Dania dan Farid disandingkan di perhimpunan pagi. Sepanjang sesi itu, Dania hanya menundukkan kepala. Dia merasakan ingin meminjam kulit ayam sebentar kerana kulitnya saat itu dirasakan cukup nipis.

Cikgu menyatakan bahawa jangan bercinta pada zaman persekolahan dan mengugut kepada sesiapa yang ditangkap bercinta selepas ini akan dikenakan hukuman yang lebih berat lagi.

Selesai sesi itu, giliran guru-guru lain berucap. Dania meminta izin pengawas untuk ke tandas. Matanya merah menahan sebak dan malu. Namun, langkahnya tidak ke tandas, sebaliknya dia menuju ke tangga di bangunan blok C. Dia menghamburkan tangisannya puas-puas.

“Mama, papa..Dania malu. Dania malu.! Papa, percayalah, Dania tak buat pun semua tu. Dania dah berubah namun kenapa semuanya jadi macam ni. Mama, Dania dah cakap tak nak datang sini tapi, mama paksa jugak. Sebab sayangkan mama dan papa, Dania ikut jugak.” Tangisan Dania semakin menjadi-jadi. Amir yang mengekorinya hanya diam melihat Dania. Dia berasa serba- salah kerana dia lah punca semuanya yang berlaku. Perlahan-lahan dia menghampiri Dania.

Amir memegang bahu Dania. Diusapnya perlahan. Dania terkejut! Dia mendongak mahu memastikan gerangan siapakah itu. Setelah dilihat itu ialah Amir, dia berusaha menjauhkan diri.

“Kau jangan lari Dania. Kau nangislah sepuas-puasnya. Akukan ada.” Ujar Amir lembut.

Dania kembali menyandarkan kepalanya di dinding.

“Awak, kenapa semua orang tak suka saya? Hina sangat ke saya sebagai orang bandar?” tanya Dania dalam keadaan sebak.

Amir merapatkan kedudukannya. Begitu hampir sehinggakan nafas Amir dapat dirasakan di telinga Dania. Dania gementar. Jantungnya begitu laju dirasakan.

“Nia tak salah apa-apa. Nia dah cukup baik bagi Mir. Diorang semua tu yang buta.” Kata Amir lembut sekali. Dania tergaman. Air matanya sudah kering namun, gementar pula dirasakan.

“Apa..apa awak cakapkan ni?” soal Dania gementar.

“Syy..mulai sekarang Mir akan melindungi Nia. Tiada lagi orang yang akan berani mengata Nia.” Dania terharu. Air matanya mengalir semula. Murahnya air mata dia hari itu.

Amir sudah nekad mahu berbaik-baik dengan Dania. Dia sedar, dia sebagai lelaki seharusnya melindungi dan membimbing perempuan. Bukannya menindas mereka.

“Tapi, awak kan tak suka saya. Awak kan benci saya?. ” Tanya Dania. Kepalanya ditegakkan bersama linangan air mata.

“Tak adalah. Mir tak pernah benci Nia. I’m so sorry.” Tanpa sedar, Amir menarik kepala Dania ke dadanya. Mereka berdua hanyut dalam perasaan masing-masing. Mujurlah, tiada siapa berada di situ namun mereka lupa bahawa Allah melihat setiap perkara mungkar yang dilakukan oleh hambaNya.

Sejak dari itu hubungan mereka bertukar akrab. Tiada lagi pertingkahan yang berlaku namun, mereka menjadi sahabat sejati.

Bab 1

BAB SATU

“Mama, please..Dania tak nak!Please tell papa that I don’t want stay with atuk and nenek” pinta Dania sungguh-sungguh.

“Dania, bukan mama tak mahu pujuk papa tu tapi, Dania sendiri pon tahu kan macam mana perangai papa Dania. Kalau dia sudah buat keputusan, jangan sesekali bantah, sayang.” Terang Datin Aini panjang lebar.

Anak gadisnya yang berusia 17 tahun itu sungguh nakal. Dia sering membuli rakan-rakannya di sekolah. Sudah acap kali dia bertukar-tukar sekolah dan kali ini Dato’ Zahari tidak betah lagi membiarkan Dania tinggal di bandar.

Dania hanya membisu. Dia tahu dia salah.

“Okey,okey..tapi, papa dan mama selalu datang tengok Dania,tau? Tak suka lah tinggal kat kampung, orangnya kolot!” ujar Dania penuh angkuh.

“Dania..!!” Datin Aini memberi amaran.

“Sorry, terkutuk kampung mama pulak..” kata Dania sambil tersengih.



“DANIA, Dania?” panggil cikgu Badariah.

“Oh, ya saya.” kenangan bagaimana dia boleh berada di kelas 5 Siddiq berlegar-legar di dalam kepalanya.

“Sila perkenalkan diri awak.” Pinta cikgu Badariah.

“Erm..nama aku Aisya Dania Dato’ Zahari. Dulu, sekolah di KL dan datang sini sebab terpaksa.” Ujar Dania agak sombong lagaknya. Semua pelajar di kelas itu menumpukan perhatian terhadap Dania.

“Baiklah, kelas. Cikgu harap kamu semua boleh bagi kerjasama terhadap Dania. Erm, Amir sebelah kamu aje yang kosong. Dania, kamu boleh duduk di situ.”

‘Ha, duduk sebelah aku? Apasal pulak. Dah lah budak ni berlagak. Tak apa, aku ajar dia nanti’ bisik hati Amir.

Dania menuju ke arah Amir. ’Alamak, pakwe cun lah. Alah, setakat budak kampung aje, tak heranlah’

Sesi pembelajaran bagi hari itu berjalan lancar. Dania berjaya mendapatkan seorang kawan bernama Airin Mellisa yang tinggal di kampung atas alasan tidak mahu mengikut mama dan papanya yang tinggal di Iran. Bapanya bertugas di Syarikat Cari Gali Petronas.

Dania perasan, semua orang dalam kelas itu sudah dikenalinya kecuali rakan di sebelahnya.

“Weh, nama kau apa ek?” soal Dania buat ramah.

Namun tiada sebarang respon yang diperolehinya. Dania berasa sedikit malu. Nasib baik lah orang lain tidak dengar.

“Wei, aku tanya kau ni. Nama ku ape?” soal Dania sedikit keras.

“Eh, kau cakap dengan siapa? Setahu aku, tiada orang bernama ‘weh’ kat sini.” Selamba muka Amir menambahkan rasa sakit hati terhadap Dania.

‘Mamat ni perli aku ke? Dasar budak kampung. Hisy, malas ar aku cari pasal ngan kau. Nanti tak pasal-pasal gaduh pulak.’ Bisik hati Dania.

“Baiklah, awak nama apa? Maaflah,saya tak tahu nama awak apa. Saya tak sedar pulak bahasa saya agak kasar.”ucap Dania sambil tersenyum manis. Teserlah lesung pipit di sebelah kiri pipinya. Boleh cair Amir dibuatnya.

‘Mak oii, cutenya dia. Alahai, tak boleh jadi ni. Kau jangan mengalah, Amir. Dia nak buat kau terpikat ngan dia aje tu.’ Entah dari mana suara itu datang kepada Amir.

“Hei, kau ingat kau lawa lah tu. Peegi da..!! Setakat muka macam mak cik kat pasar.” kata Amir agak kasar.

‘Weh, apa salah aku? Aku dah nak buat baik ngan dia ni.’ Tiba-tiba Dania sebak.

“Tak apalah. Saya nak tanya nama awak aje.” Ucap Dania. Matanya bekaca-kaca menahan tangis. Dia sendiri tidak tahu kenapa dengan Amir dia boleh berubah sikap. Mana pergi sikapnya yang brutal nih.

Amir yang melihat keadaan Dania berasa serba-salah. ‘Kenapa dia tak lawan balik cakap aku? Alah, dia nak tunjuk baiklah tu.’ Bisik Amir menyedapkan hatinya.

Keadaan di antara mereka berdua menjadi sunyi sepi semula sehingga waktu rehat. Dania keluar rehat bersama Airin.

“Asal kau duk sini ha? Kau tak sayang ke tinggal kawan-kawan kau kat KL tu?”soal Airin ketika mereka beratur di kantin.

“Tu lah pasal. Aku dah buat macam-macam tak nak duduk sini tapi, suatu hari aku terdengar papa aku cakap dengan kawan dia. Papa mengadu dia sudah tertekan dengan perangai aku yang nakal ini. Papa aku siap nangis lagi tau!”

“Ye ke? Pastu, apa jadi?” soal Airin tidak sabar.

“Ermm..aku sedih lah. Aku jugak berazam tak nak buat nakal lagi bila aku dah duduk kat kampung ni. Aku nak mama dan papa aku bangga sama aku.” Ujar Dania sambil tersenyum membayangkan mama dan papanya.

“Aku tanya sikit boleh tak? Apa kau buat sampaikan papa dan mama kau begitu marahkan kau?” tanya Airin ingin tahu.

“Aku buli orang. Mula-mula tak adalah teruk sangat tapi, satu hari aku geram kat sorang budak ni. Dia lembik sangat jadi, aku pukul dia ramai-ramai sampai masuk ICU kawan tu.”

“Ya Allah, macam mana boleh jadi tu?”soal Airin sambil melabuhkan punggung di sebelah Dania. Mereka sudah selesai membeli makanan.

“Aku tak sengaja lah. Mak bapak budak tu nak saman aku tapi tak jadi sebab bapak budak tu kerja di syarikat papa aku. Jadi, semuanya tutup kes dan, budak tu sekarang dah pulih.” Ujar Dania sambil menunjukkan riak kesal.

“Aku tak sangkalah kau seganas tu. Brutal gak kau ni,kan?”

“Alah, tu semua cerita lama. Yang aku tahu sekarang ni, aku nak berubah.” Ujar Dania sambil menuju ke tempat meletak bekas kotor.

“Ahh..!!” jerit Dania. Kini, bajunya habis basah terkena kuah kari. Dia mendongak melihat gerangan siapakah yang melanggarnya.

Kini, mata bertentang mata. Debaran yang tidak terkata dirasakan oleh kedua-dua pihak. Lama mereka berkeadaan begitu.

“Eh, sorry! Sengaja pulak.” Ujar Amir sinis sambil berlalu.

Semua mata yang berada di kantin memerhatikan Dania.

“Kau tak apa-apa?” tanya Airin.

“Tak, aku okey.” Balas Dania ringkas.

‘Hai, mamat ni cari pasal pulak dengan aku. Aku bagi kang!’ bisik Dania cuba bersabar.

Keesokannya, sesi pembelajaran berjalan seperti biasa. Dania seperti biasa menaiki basikal ke sekolah. Kini, dia sudah tahu nama teman sebelahnya itu. Ahmad Amir Firdaus berdasarkan buku tulis pemuda itu. Satu nama yang cukup untuk melambangkan seseorang yang matang.

“Awak, nota sejarah yang cikgu kasi semalam, awak salin tak? Saya tak sempat lah. Nak pinjam boleh?” ujar Dania sambil tersengih-sengih.

Amir tanpa kata mengeluarkan buku nota sejarahnya.

“Nama aje budak bandar tapi, bengap! Tak kan nota pon tak sempat nak salin. Entah-entah PMR dulu pon tak pas.”ujar Amir keras.

‘Amboi sedapnya mengata aku. Harap muka aje hensem. Taik kucing punye budak. Weh, aku dapat 8 A tau PMR. Siap dapat tawaran gi Kolej Tengku Khursiah lagi. Aku aje yang tak nak pergi.’ Bisik hati Dania.

Sebelum menghulurkan buku itu Amir mengomel sekali lagi.

“PMR dapat berapa? Bengap semacam aje aku tengok.”

“Hello, saya dapat 8 A tau. Awak tu yang bengap. Entah-entah PMR pun tak pas.” Kata Dania sambil tergelak kecil.

“Tak sayang mulut betul minah ni. Aku dapat lebih dari kau, tau? 9 A. Kau tak ambil bahasa arab. Maknanya, aku lagi bijak dari kau.” Amir melawan kata-kata Dania.

Selepas itu, Dania malas melayan lagi kerenah Amir. Nanti, besar pulak jadinya. Lebih baik dia diam aje.

“Kalah lah tu. Tak lah hebat mana pon.” Kata Amir menjengkelkan hati Dania.

“Kau..!” Dania ingin menyambung kata-katanya namun tidak jadi apabila cikgu matematik telah masuk.

‘Hai, nasib aku lah dapat mamat ni duduk sebelah aku. Sabar ajelah.’ Bisik Dania.