Friday, September 25, 2009

Bab 3

BAB TIGA

Pada waktu petang, Amir, Dania, Airin dan Zahid ke perpustakaan. Mereka ingin menghabiskan waktu rehat mereka kerana hari itu mereka puasa sunat Khamis.

Mereka duduk di sebuah meja yang sama. Tiba-tiba, Dania merasakan kakinya di sepak. Seorang demi seorang dilihatnya dan Amir sedang tersengih-sengih. Tahulah dia Amir yang membuat perkara itu tadi.

Oleh sebab mereka sedang berada di perpustakaan, Dania mengutuskan sekeping nota kepada Amir.

+ Kenapa awak sepak kaki saya?

Tidak lama kemudian, Amir membalasnya.

-Sakit ke? Sorrylah sayang.

+Banyaklah awak punya sayang. Hei, saya tak sayang awak tau!

Amir yang membaca apa yang dikatakan Dania berpura-pura sakit. Dania kelihatan cemas. Namun, selepas itu, Amir hanya tersengih. Dania berasa tertipu. Mukanya masam. Zahid dan Airin langsung tidak menyedari gelagat mereka kerana begitu asyik membaca buku.

-Orang tu cakap dia tak sayang kita, tapi bila kita sakit, gelabah dia.

+Awak ni jahatlah. Tak nak kawan kang!.

-Alah, jangan lah marah. Cute lah bila Nia marah.

+Tipu!! malaslah layan awak.

-Alah, sayang. Janganlah marah. Nia, Nia jadi makwe Mir,nak?

+Mengarut!! Tak nak caye cakap awak.

Sejurus selepas itu, Dania berlalu ke rak mahu menyimpan buku. Dia tidak menghiraukan Amir kerana menyangka Amir hanya bergurau. Namun, Amir mengekorinya. Lebih menggeramkan lagi, Amir manghalang laluannya. Dania mengetap gigi.

“Apa awak nak ni?” soal Dania geram.

“Saya nak awak!” jawab Amir serius.

“Hisy, main-main pulak dia ni. Tepilah, saya nak lalu ni.” Pinta Dania.

Amir mengambil sebuah buku yang berjudul I Love You. Dihulurkan buku itu kepada Dania sambil menghadiahkan senyuman yang paling manis.

Dania berasa sedikit terusik dengan senyuman itu. Jantungnya berdegup kencang.

“Apa kena dengan buku itu pulak?” soal Dania menutup gugupnya.

Amir tergelak kecil. Di ambilnya tangan Dania lalu diletakkan di dadanya lalu mengatakan “Amir sayang Aisya. Amir nak Aisya jadi teman Amir. Boleh tak?”

Dania seakan terpaku. Dia menundukkan kepalanya. Oh, inikah cinta? Perlahan-lahan kepalanya diangguk sedikit.

“Yes! Thank you, honey.”jerit Amir. Mujurlah waktu rehat begini tiada orang di perpustakaan. Mereka beriringan menuju ke tempat duduk mereka.

“Ni apahal tersengih-sengih macam kerang busuk ni?”soal Zahid ingin tahu.

“Dania dah jadi makwe aku.” Jawab Amir bersahaja.

Zahid dan Airin mengucapkan tahniah kepada mereka. Mereka juga berjanji tidak akan memberitahu sesiapa memandangkan tidak mahu terjadi gossip dan cikgu mengetahuinya.

Beberapa bulan kemudian, hubungan mereka semakin erat. Dania sendiri sudah berani menyatakan sayang kepada Amir. Mereka sering berjumpa di kawasan air terjun yang jarang dilalui orang. Mereka juga selalu belajar bersama-sama dan ibu bapa masing-masing juga seakan-akan merestui hubungan mereka.

Pernah beberapa kali ketika mama dan papa Dania menziarahi Dania, Amir turut ada bersama dan setiap kali Dania bergaduh dengan Amir, Dania akan mengadu kepada mamanya.

Di suatu petang, setelah dua hari peperiksaan SPM berlalu, mereka berjanji ingin berjumpa di tempat biasa.

Deruan air terjun menerbitkan rasa tenang kepada Amir dan Dania.

“Aisya..”panggil Amir. Dia pernah bertanya mengapa memanggil Aisya dan Amir hanya menjawab bagi menjadikan dia orang istimewa buat Dania. Macam-macam!

“Ya, awak nak cakap apa jumpa saya kat sini?” soal Dania.

“Awak sayang saya tak?” tanya Amir.

“Sayanglah. Kenapa tanya macam ni?” soal Dania lagi.

“ Banyak mana?”

“Amir, awak ni kenapa? Awak buat salah kat saya eh..” duga Dania.

“Mir mintak maaf, sayang. Mir tak sengaja. Mir mintak maaf.” Rayu Amir sungguh-sungguh. Dia ingin berterus terang mengenai kisah yang menyebabkan Dania disandingkan dulu.

Dania yang melihatnya berasa kesian. Dia menarik Amir dekat dengannya. Tangan Amir disentuh bagi memberi kekuatan buat lelaki itu. Ternyata usahanya membuatkan Amir mendakapnya erat. Ini merupakan kali kedua Amir memeluknya.

Dania hanya membiarkan apabila Amir mengusap rambutnya lembut. Dia juga senang dengan layanan yang diberikan. Dania mengeratkan lagi pelukan. Dia dapat merasakan jantung Amir yang berdegup kencang.

“Sayang, Amir sayang Aisya sepenuh hati Amir. Tiada apa yang dapat menandingi rasa sayang Amir terhadap Aisya.” Dania menjadi terharu. Dia sudah lupa perkara yang ingin diberitahu oleh Amir.

“Saya juga sayang awak. Tapi, andai jodoh kita tak berkekalan, apa nak buat.?” Tanya Dania. Pelukan sudah dileraikan.

“Jangan cakap macam tu sayang. Sekalipun suatu hari nanti sayang dah tak mahukan Amir, masa tu Amir tetap tunggu sayang. Percayalah.” Kata Amir sungguh-sungguh. Tangannya menyeka perlahan air mata Dania.

Mereka bertentangan mata buat seketika.



SUATU hari, Dania bertandang ke rumah Amir. Dia sudah berjanji mahu membantu Mak Leha, ibu Amir untuk mengemas rumah.

“Nia, tolong ambilkan surat khabar lama kat dalam bilik Amir tu.”pinta Mak Leha.

Dania hanya menurut.

‘Mak oii, bilik pak we aku ke ni? Kemasnya. Malu lah aku kalau dia tahu bilik aku bersepah.’ Bisik hati Dania.

Dia melihat-lihat suasana bilik Amir. ‘Alah, tak apa. Amir tak ada jugak.’

Dia tiba di meja belajar Amir. Dicapainya sebuah buku berkulit hitam di atas meja itu. Dania membelek-belek isi kandungan buku itu. Oh, diari!

Dania tergelak kecil membaca diari itu.

‘Alah, tak apa. Dia pergi kadai jugak. Lama lagi baru balik.’

Matanya tertarik membaca sehelaian mukasurat.

9.9.2009

Ehem, tarikh keramat kan hari ini? Huhu, aku Berjaya sekali lagi mengenakan musuh ketat aku si Dania sombong itu. Kalau dulu sudah berkali-kali aku sakitkan hati dia namun dia seakan-akan tidak ada perasaan langsung.

Dania tersengih membaca coretan itu. Berkat kesabaran dia, semuanya berubah. Amir yang dulunya begitu dibenci kini begitu disayangi. Dia menyambung lagi pembacaannya.

Farid menyuruh aku menghantar surat salam perkenalan buat Dania. Aku sebenarnya malas nak buat kerja tu tapi, aku ada satu idea. Yahoo!! Aku tukarkan kandungan surat tu dan aku kasi kat Encik Yusry. Hehe..jahatkan aku ni? Tapi tak kira. Demi sakit hati aku bila melihat perangai bodoh sombong perempuan itu, aku sanggup lakukan apa sahaja. Diorang akan disandingkan esok. Padan muka kau Dania. Hihi, jahat juga aku ni. Tapi, demi musuh ku, apapun aku sanggup buat. Ermm, harap-harap mereka tak tahu sampai bila-bila. Kalau tak, mampos aku!

Pembacaan Dania tersentak apabila Mak Leha memanggilnya.

“Ya, mak cik. Dah jumpa dah. Dania datang ni!.” Jerit Dania sambil menuju ke dapur. Air matanya ditahan sebolehnya. Dia ingin berlalu dari situ. Tegarnya hati Amir memperlakukan dia sebegitu. Maruahnya sekarang terasa seperti diinjak-injak. Selepas meletakkan senaskah surat khabar, Dania meluru keluar rumah.

‘Tegarnya hati kau buat aku macam ni, Amir.’ Getus hati Dania. Dia berasa sangat sedih.

Namun, belum pun sempat Dania mengayuh basikalnya ingin pulang, dia terserempak dengan Amir yang baru balik dari kadai.

“Eh, Aisya nak balik ke?” soal Amir ingin tahu. Namun Dania tidak mengendahkannya.

“Aisya, kenapa awak diam? Awak sakit ke?” Amir hairan. Sikap Dania lain macam aje.

“Hei, kau jangan nak buat baik lah kat aku! Dari dulu lagi kan, kau dendam dengan aku.?” Tanya Dania. Dia menentang mata Amir dengan pandangan benci, menyampah, meluat.

“Apa yang Aisya cakapkan ni? Mir tak fahamlah.” Tanya Amir ingin tahu.

“Kau jangan pura-pura dengan akulah. Kau tulis dalam dairi kau, kau nak balas dendam dengan aku. Bila aku tak beri respon mula-mula tu, kau rancang sesuatu yang dapat memalukan aku.” Tangisannya menjadi-jadi. Kekasih hatinya selama ini bagaikan memainkan perasaannya sahaja.

“Aisya, dengar Mir cakap ni. Mir begitu sayangkan Aisya. Cinta Mir selama ini begitu ikhlas.” Namun, Dania pantas memotong kata Dania.

“Cis, sayang konon! Entah-entah sekarang pon sebahagian dari rancangan kau nak kenakan aku.” Selepas itu, Dania mengayuh basikalnya ingin pulang.

“Aisya, Aisya Dania, tunggu!” jerit Amir sambil mengejar Dania dengan motosikalnya.

Mereka tiba di hadapan rumah nenek Dania.

“Aisya, Mir mintak maaf banyak-banyak. Dah lama Mir nak berterus-terang tapi tak jadi sebab Mir takut Aisya tak dapat terima dan sekarang alih-alih Aisya dapat tahu melalui diari Mir. Percayalah, Mir begitu sayangkan Aisya. Lupakan semua tu ya, sayang.”

“Apa, sayang-sayang? Hei, tolonglah. Kau dengan aku tak ada apa-apa tau?” marah Dania.

Kemudian, telefon bimbit Dania berbunyi. Dania menjawabnya. Namun, setelah menjawab panggilan tersebut, dia terus terduduk di atas tanah.

Amir yang melihatnya bimbang. Segera dihampiri Dania cuba untuk menenangkannya.

“Kenapa ni, Aisya?” soal Amir sambil memegang lengan Dania.

“Pergi kau! Aku benci kau. Papa, mama, nenek, atuk..jangan tinggalkan Nia.” Tangisan Dania semakin rancak. Baru tadi ada yang menelefonnya memberitahu bahawa mama,papa dan neneknya meninggal dalam kemalangan menuju ke rumah saudara mereka di Dungun.

“Kenapa semua pergi meninggalkan aku? Ya Allah, apa salah aku. Semuanya pergi meninggalkan aku.” Dania merintih hiba. Tahulah Amir bahawa mereka semua sudah pergi meninggalkan Dania.

Amir menarik Dania ke dalam pelukannya. Membiarkan dadanya basah dek air mata Dania.

Dania tidak membantah. Dia memang perlukan seseorang untuk mengubati lara di hatinya.

“Kenapa diorang tinggalkan Aisya, Mir? Kenapa? Tuhan nak uji Aisya ke? Aisya tak kuat, Mir. Aisya tak boleh nak hadapinya sorang-sorang.” Aisya menangis tersedu-sedan.

Dia masih tidak boleh menerima apa yang berlaku. Dalam sekelip mata, tiga insan yang disayanginya pergi meninggalkannya

“Amir, Aisya tak kuat. Aisya takut nak hadapi hidup ni sendiri.” Kata Aisya. Dia memeluk Amir kemas.

“Dah, dah. Amir kan ada. Amir akan jaga awak,ya?” ujar Amir cuba memujuk.

Namun, Dania seakan baru menyedari perkara yang terjadi antara dia dan Amir tadi. Serta-merta pelukan dileraikan.

“Apa kau buat kat sini?” tanya Dania kasar.

“Amir, Amir..”

“Ah, aku tak nak tengok muka kau lagi. Pergi kau. Jangan kau jumpa aku lagi lepas ni. Pergi!!” Dania seakan dirasuk.

Amir merasakan sangat tidak berguna. Buah hatinya yang tatkala ini begitu memerlukannya, namun dia menambahkan lagi dengan sakit hati Dania terhadapnya.

Sampai di rumah, dia menghempaskan pintu biliknya. Ibunya begitu terkejut melihat keadaan anaknya itu.

“Arggh, kau memang tak guna Amir.! Kau tak payah jadi lelaki lah kalau Aisya pun kau tak boleh lindungi.” Jeritan Amir begitu mengejutkan ibunya lalu bergegas ke bilik Amir.

“Masyaallah, Mir. Apa dah jadi dengan kamu ni?” Mak Leha menggeleng apabila melihat barang-barang dalam bilik Amir bersepah.

“Mak, papa,mama dan nenek Dania sudah tiada.” Jawab Amir lemah.

“Innalillah..habis tu, mengapa kamu mengamuk sakan pulak ni?” soal Mak Leha.

“Amir dah sakitkan hati Dania. Peristiwa dia disandingkan hari tu semuanya dirancang oleh Amir dan sekarang Dania sudah tahu. Dia tak nak jumpa Amir lagi. Dia benci Amir, mak.” Luah Amir sambil menangis sungguh-sungguh.

“Ya Allah, Amir. Kau sedar tak apa yang kau buat ni? Tak baik tau, Mir. Dia tu sekarang anak yatim piatu, Mir.” Mak Leha begitu kesal dengan sikap anaknya.

“Sudahlah, mak nak pergi tengok Dania sekejap. Kau duduk sini, nanti tertekan pulak Nia bila tengok kau tu.” Sejurus selepas itu, Mak Leha membiarkan anak lelakinya bersendirian.

Amir sungguh tertekan. Dania sudah melarang Amir berjumpanya. Bagi Amir, Danialah segala-galanya dalam hidupnya.

Dia menuju ke beranda rumahnya. Kebetulan, terdapat sepasang burung yang sedang berkejaran. Amir tersenyum sendiri. Dia membayangkan dirinya bersama Dania namun cuba buat seketika. Kemudian, dia menjerit menyesali nasib diri. Bagaimanakah nasibnya selepas ini tanpa Dania di sisi.