Friday, September 25, 2009

Bab 4

BAB EMPAT

“Mama,mama!” jerit Dania. Sekelilingnya gelap belaka.

“Mama, Dania takut gelap. Tolong!” dia tidak tahu dia berada di mana sekarang. Tiada satu cahaya pun yang dilihatnya sekarang ini. Hitam pekat semuanya

Tiba-tiba, datang seorang lelaki yang sangat tua dan badannya sangat bongkok memberikan sedikit cahaya datang kepada Dania. Namun cahaya yang sedikit itu tidak mampu menghilangkan takut di dalam hati Dania.

“Pak cik, tolong saya. Saya takut ni. Tolong saya, pakcik.” Pinta Dania sungguh-sungguh kepada lelaki tua itu.

“Pak cik hanya mampu bawa cahaya sebanyak ini sahaja. Kalau mahu lebih lagi, Pak cik tak mampu,nak.” Jawabnya.

“Kenapa? Siapa pakcik ni?” soalnya.

“Pak cik ialah amalan kamu selama ini. Kamu terlalu banyak melakukan perkara mungkar,nak.” Sejurus mengatakan itu, orang tua itu menghilangkan diri meninggalkan cahaya yang sedikit itu.

Dania masih tidak memahami keadaan itu namun, dia berharap dia dapat keluar dari keadaan itu.

“Ya Allah, bantulah hambaMu ini.” Doa Dania sungguh-sungguh bersama linangan air mata.

Ternyata, doanya di makbulkan. Datang seorang perempuan yang begitu cantik rupa parasnya.

“Siapa kamu?” tanya Dania gugup. Tangannya menggeletar kerana terlalu takut.

“Kamu tak perlu tahu nak. Apa yang anak mahu?” soalnya.

“Saya, saya nak keluar dari sini. Saya, saya takut.”

“Kamu nak masuk syurga?” tanya wanita itu.

Dania mengangguk laju.

“Kamu selalu baca Quran?” tanya wanita itu lagi.

Dania tersedu-sedan sambil menggelengkan kepalanya.

“Kamu ada sedekah tak?” sekali lagi Dania menggelengkan kepalanya. Dia cukup kesal. Selama ini, dia begitu mementingkan dunia.

“Tapi, saya solat penuh setiap hari.” Ujar Dania.

“Awak tak boleh ke syurga dengan solat awak tu kerana awak solat bila nenek awak suruh. Awak tak ikhlas. Solat awak juga tak diterima oleh Allah SWT.” Kata-kata wanita itu membuatkan hati Dania begitu hiba sekali.

Wanita itu pergi. Kini, Dania berseorang lagi. Kini dia tahu dia telah banyak melakukan dosa. Dia begitu lalai selama ini.

Dia menangis seorang diri sambil mengucapkan istighfar. Hatinya tenang semerta.

“Dania, tolong mama Dania.” Tiba-tiba, arwah mamanya datang.

“Mama, Dania sayang mama. Dania rindu mama.” Ujar Dania sambil mendapatkan mamanya namun dia tidak boleh memegang mamanya kerana terdapat sesuatu yang menghalang.

“Kalau Dania sayangkan mama, Dania tidak boleh selalu nangis. Mama, papa dan nenek cukup terseksa apabila setiap kali Dania nangis. Dania janji dengan Dania,ya?”

“Baiklah,mama. Tapi, kenapa Dania sorang aje. Kenapa Dania tidak pergi sekali dengan mama?” soal Dania. Tangisannya menjadi-jadi.

“Dengarlah mama berpesan. Dania harus tabah. Allah sedang uji Dania, sayang. Pasti ada hikmahnya di sebalik apa yang berlaku. Mama harap jika Dania bersedih, Dania dekatkan diri dengan Allah.”

Dania sudah mengeringkan air matanya. Jika selama ini setiap kali teringatkan keluarganya, Dania akan menangis. Namun, kali ini dia harus tabah. Setiap yang terjadi ini sudah ditentukan oleh Nya. Dia seharusnya bersyukur kerana dia masih boleh hidup senang berbanding anak yatim piatu yang lain.

“Mama, papa dan nenek selalu mengharapkan doa dari Dania. Hanya doa anak solehah sahaja yang dimakbulkan, Dania. Jagalah diri Dania baik-baik. Selalulah dekatkan diri pada Allah, sayang.” Selepas itu, bayangan Datin Aini hilang dari pandangan.

Sedikit demi sedikit cahaya datang menerangi Dania. Lalu, dia tersedar.

“Allah,Allah.” Ucap Dania. Jam di dinding di ambil. Pukul 4.30 pagi. Dania bangkit dari tidur. Dia ingin menunaikan solat tahajud dan taubat.

Dia melakukannya perlahan-lahan agar keluarga datuk saudaranya yang tidur di rumah arwah neneknya tidak menyedarinya.

Dia khusyuk mengadap Ilahi di keheningan pagi. Dia juga mengaji sehingga subuh dan disedekahkan buat insan yang disayanginya.




TIGA hari berturut-turut kenduri arwah diadakan. Majlis itu diuruskan oleh satu-satunya datuk saudara Dania memandangkan neneknya tiada saudara lain. Dania bercadang untuk pergi dari Malaysia buat sementara waktu bagi menenangkan fikirannya.

Dia akan bercuti di Itali barang sebulan dua bersama kakak kepada papanya yang sekarang menetap di Iran. Dania juga ingin melupakan Amir. Dia tahu, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dia juga telah menukar imejnya. Jika dulu, alasan dia tidak mahu memakai tudung ialah kerena panas, namun sekarang dia rela hati demi mencari keredhaanNya.

Dania sekarang sudah menjejaki lapangan terbang antarabangsa Itali. Dia dan keluarga ibu saudaranya akan bercuti di Itali buat sebulan kerana urusan kerja. Segala perbelanjaan penginapan diuruskan oleh syarikat ibu saudaranya itu. Dia hanya seorang diri. Dia sedar, dia harus menjadi lebih tabah memandangkan dia sekarang anak yatim piatu.

‘Hisy, mana ummi dan walid ni?’ bisik Dania dalam hati. Ibu dan bapa saudaranya itu dipanggil ummi dan walid.

Tidak lama kemudian, kedua-duanya pun sampai. Dania menyalami mereka.

“Ummi, Aisya mana?” soal Dania apabila tidak melihat sepupu kesayangannya itu.

Aisya Dayana dan Aisya Dania lahir pada bulan dan tahun yang sama. Cuma, tarikh aje yang berlainan. Aisya tua sehari berbanding dengannya. Arwah datuk merekalah yang memberikan nama itu.

“Aisya ada kat hotel. Katanya letih. Nanti kamu jumpalah dengan dia tu.” Jawab umminya.

Dengan menjejakkan kaki di bumi Itali ini bermakna segala masalah yang ada ingin dilupakan oleh Dania.